Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

30 TANDA JATUH CINTA ^_^

+5
dobowl
psychofun
funs_day
rhee_fat
rere...
9 posters

Go down

30 TANDA JATUH CINTA ^_^ Empty 30 TANDA JATUH CINTA ^_^

Post by rere... Wed Feb 11, 2009 5:24 am

Rasa jatuh cinta sukar digambarkan maupun diucapkan dengan kata-kata. Siapa yang jatuh cinta akan sentiasa diusik perasaan. Semua menjadi indah dan membahagiakan. Namun mengalami cinta umpama bermain api. Jika tau mengendalikannya, selamat diri. Jika tidak, terbakar hangus dan merana diri. Remaja dan belia bahkan yang sudah berumahtangga pun akan mengalami cinta. Semuanya karena cinta tidak mengenal usia dan latar belakang. Jadi bagaimana mengenali bila dan bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta? Cb simak 30 tanda jatuh cinta di bawah ini supaya dapat melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya. Ketika sama ada mau teruskan pemburuan cinta, mengalami percintaan atau menghindari cinta. Asalkan anda bahagia.

1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.
2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda senantiasa berdebar-debar jika bertemu dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan grogi apabila dia menghampiri anda.
3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.
4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda mencari-cari kalau terlihat bayangnya.
5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayani kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayani anda seorang. Sikap anda itu kelihatan sehingga disadari kawan-kawan anda sendiri.
6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.
7. Datang
Ada saja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk datang. Kadang-kadang anda buat janji lagi di waktu malam sekalipun baru sore tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.
8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.
9. Bergayut di telepon
Sekalipun bayaran telepon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telepon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda bisa tidur setelah mendengar suara si dia.
10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak belakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.
11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.
12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat untuk datang ke pejabat malah datang lebih awal lagi. Anda harapkan ada peluang anda berbual berdua dengannya atau sarapan pagi bersama di kantin.
13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin meningkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.
14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fashion mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.
15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah bicara atau sekedar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.
16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.
17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.
18. Sentiasa kata ‘Ya’
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.
19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.
20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi ciri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.
21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.
22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.
23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari film dan lagu Hindustan, masakan barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda lakukan wujud persamaan anda dengan si dia.
24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.
25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana saja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.
26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.
27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.
28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa seba gai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kado atau ucapan selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.
29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mau meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.
30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.


TUL ga Sech????

rere...
rere...
Moderators
Moderators

Female
Jumlah posting : 345
Age : 36
Location : Bumi pertiwi tercinta
Job/hobbies : Pesantren (pengangguran Santai tapi Keren)
Motto : ckckckc
mig33 id : rere...
Reputation : 0
Points : 12
Registration date : 12.05.08

http://cyberonline.all-up.com

Kembali Ke Atas Go down

30 TANDA JATUH CINTA ^_^ Empty Re: 30 TANDA JATUH CINTA ^_^

Post by rhee_fat Wed Feb 11, 2009 2:35 pm

:cinta: ya kurang lebihnya gtu deh............... :cinta:
rhee_fat
rhee_fat
Moderators
Moderators

Male
Jumlah posting : 993
Age : 38
Location : tegal
Job/hobbies : apa karep
Motto : enjoy aja
mig33 id : rhee_fat
Reputation : 9
Points : 672
Registration date : 27.07.08

Kembali Ke Atas Go down

30 TANDA JATUH CINTA ^_^ Empty Re: 30 TANDA JATUH CINTA ^_^

Post by funs_day Fri Feb 13, 2009 8:54 pm

30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.
berarti benul dunk Cinta itu Buta lol!
funs_day
funs_day
Moderators
Moderators

Male
Jumlah posting : 417
Age : 38
Location : Jatinegara.the_galls.jateng
Motto : enjoy&funs with me
mig33 id : funs_day
Reputation : 0
Points : 145
Registration date : 23.02.08

http://partiturnotangka.blogspot.com

Kembali Ke Atas Go down

30 TANDA JATUH CINTA ^_^ Empty Re: 30 TANDA JATUH CINTA ^_^

Post by psychofun Mon Feb 16, 2009 5:38 pm

:bingung:
<< ga pnah jth cnta c. . . . . . .
wkwkwk. . .
cinta itu pembodohan.
psychofun
psychofun
Administrator
Administrator

Male
Jumlah posting : 565
Age : 38
Location : tegal
Job/hobbies : golf n selancar
Motto : biasa rak wez...
mig33 id : psychofun
Reputation : 8
Points : 135
Registration date : 06.01.08

http://psychofun.blogpas.com

Kembali Ke Atas Go down

30 TANDA JATUH CINTA ^_^ Empty Re: 30 TANDA JATUH CINTA ^_^

Post by rhee_fat Wed Feb 18, 2009 4:25 pm

psychofun wrote::bingung:
<< ga pnah jth cnta c. . . . . . .
wkwkwk. . .
cinta itu pembodohan.


sem keh brati sing jatuh cinta bodoh kabeh men........... :gelut:
rhee_fat
rhee_fat
Moderators
Moderators

Male
Jumlah posting : 993
Age : 38
Location : tegal
Job/hobbies : apa karep
Motto : enjoy aja
mig33 id : rhee_fat
Reputation : 9
Points : 672
Registration date : 27.07.08

Kembali Ke Atas Go down

30 TANDA JATUH CINTA ^_^ Empty Re: 30 TANDA JATUH CINTA ^_^

Post by dobowl Tue Mar 10, 2009 12:05 am

wkakakakakkakaaaa......
ra pernah jatuh cinta waduke.......
:ngekek:
dobowl
dobowl
Star of The Month
Star of The Month

Male
Jumlah posting : 312
Age : 38
Location : tegal
Job/hobbies : krambol
Motto : keep on rockin
mig33 id : dobowl
Reputation : 0
Points : 173
Registration date : 20.01.09

Kembali Ke Atas Go down

30 TANDA JATUH CINTA ^_^ Empty Re: 30 TANDA JATUH CINTA ^_^

Post by renz_girl Thu Mar 12, 2009 10:49 pm

lol! hahahahahhaha.. lol!

muga2 ora tw jtuh cinta temenan ahh (prayer)... wkwkwkwk lol!
renz_girl
renz_girl
Letnan Kolonel
Letnan Kolonel

Female
Jumlah posting : 380
Age : 34
Location : tegal-mejasem PP
Job/hobbies : manjat tebink.....hehehe..
Motto : better forgiven than resentment deh pokok ny :)
mig33 id : renz_girls
Reputation : 0
Points : 20
Registration date : 17.07.08

Kembali Ke Atas Go down

30 TANDA JATUH CINTA ^_^ Empty Re: 30 TANDA JATUH CINTA ^_^

Post by Iwank.cd Fri Mar 13, 2009 4:14 am

nyong be kie kyne gy jatuh tinta kro renz :nohope: :evilish:
Iwank.cd
Iwank.cd
Sersan
Sersan

Male
Jumlah posting : 136
Age : 34
Location : Brebes
mig33 id : Iwank.cd
Reputation : 0
Points : 9
Registration date : 11.09.08

Kembali Ke Atas Go down

30 TANDA JATUH CINTA ^_^ Empty Re: 30 TANDA JATUH CINTA ^_^

Post by dobowl Sun Mar 15, 2009 4:34 am

JATUH CINTA SEJUTA RASANYA...

:mawar:
dobowl
dobowl
Star of The Month
Star of The Month

Male
Jumlah posting : 312
Age : 38
Location : tegal
Job/hobbies : krambol
Motto : keep on rockin
mig33 id : dobowl
Reputation : 0
Points : 173
Registration date : 20.01.09

Kembali Ke Atas Go down

30 TANDA JATUH CINTA ^_^ Empty Re: 30 TANDA JATUH CINTA ^_^

Post by Iwank.cd Tue Mar 17, 2009 3:29 am

dobowl wrote:JATUH CINTA SEJUTA RASANYA...

:mawar:


ky bs ngetung nte bowl :gebug:
Iwank.cd
Iwank.cd
Sersan
Sersan

Male
Jumlah posting : 136
Age : 34
Location : Brebes
mig33 id : Iwank.cd
Reputation : 0
Points : 9
Registration date : 11.09.08

Kembali Ke Atas Go down

30 TANDA JATUH CINTA ^_^ Empty Re: 30 TANDA JATUH CINTA ^_^

Post by dobowl Tue Mar 17, 2009 5:05 am

ngetung seh bs.... study




tp pembagian kr perkaliane sing angel... :gelut: :ngekek:
dobowl
dobowl
Star of The Month
Star of The Month

Male
Jumlah posting : 312
Age : 38
Location : tegal
Job/hobbies : krambol
Motto : keep on rockin
mig33 id : dobowl
Reputation : 0
Points : 173
Registration date : 20.01.09

Kembali Ke Atas Go down

30 TANDA JATUH CINTA ^_^ Empty Re: 30 TANDA JATUH CINTA ^_^

Post by denox_deblong Sun May 24, 2009 4:02 pm

Cinta?!apa ya?nx kok g kenal..
denox_deblong
denox_deblong
Sersan
Sersan

Female
Jumlah posting : 173
Age : 38
Location : solo
Job/hobbies : apoteker
Motto : enjoy ajah
mig33 id : denox_deblong
Noexgirlz
My_angelicz
Reputation : 0
Points : 53
Registration date : 01.08.08

http://denox.wen.ru

Kembali Ke Atas Go down

30 TANDA JATUH CINTA ^_^ Empty Re: 30 TANDA JATUH CINTA ^_^

Post by saka-- Mon May 25, 2009 7:53 pm

jatuh cinta berjuta rasanya......... :mawar:
saka--
saka--
Letnan Kolonel
Letnan Kolonel

Male
Jumlah posting : 294
Age : 40
Location : tegal
Motto : you'll never walk alone
mig33 id : saka--
Reputation : 0
Points : 148
Registration date : 13.10.08

Kembali Ke Atas Go down

30 TANDA JATUH CINTA ^_^ Empty Re: 30 TANDA JATUH CINTA ^_^

Post by rhee_fat Tue May 26, 2009 2:20 pm

denox_deblong wrote:Cinta?!apa ya?nx kok g kenal..


cinta cah tegal nox lol! biasa ngrum nang teh poci ka,,,masa sieh ra kenal :ngekek:
rhee_fat
rhee_fat
Moderators
Moderators

Male
Jumlah posting : 993
Age : 38
Location : tegal
Job/hobbies : apa karep
Motto : enjoy aja
mig33 id : rhee_fat
Reputation : 9
Points : 672
Registration date : 27.07.08

Kembali Ke Atas Go down

30 TANDA JATUH CINTA ^_^ Empty Re: 30 TANDA JATUH CINTA ^_^

Post by Sponsored content


Sponsored content


Kembali Ke Atas Go down

Kembali Ke Atas

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik